Input your search keywords and press Enter.

FAM seru penyokong banjiri Stadium Nasional

M Update, 20/3/2019 – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyeru penyokong bola sepak negara tampil memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya dalam Piala Airmarine menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

FAM juga menafikan dakwaan kononnya pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, dijadikan alat mengaut keuntungan, sehingga harga tiket dinaikkan. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata dalam dunia bola sepak moden, pasukan bola sepak kebangsaan adalah produk utama mana-mana badan induk yang dipertanggungjawabkan mengurus tadbir bola sepak.

Dari sudut pemasaran dan komersial, FAM perlu memaksimumkan nilai pasukan kebangsaan bagi menjana pendapatan dan mencari sumber kewangan untuk disalurkan semula ke dalam bentuk pembangunan pasukan kebangsaan pelbagai peringkat umur. Sebagai badan induk yang berdepan masalah kewangan terhad, FAM mengalu-alukan tawaran pihak ketiga seperti ProEvents menganjurkan kejohanan sebegini.

Bagi Piala AIRMARINE 2019, ProEvents sebagai promoter kejohanan ini mengambil risiko menganjurkan kejohanan sebegini dengan mencari sumber tajaan sendiri dan menanggung kos operasi penganjuran membawa masuk tiga negara ke Kuala Lumpur. Justeru, harga jualan tiket yang telah ditetapkan itu adalah bagi menampung kos-kos yang berkaitan. Sebelum ProEvents meraih apa-apa keuntungan, mereka perlu menampung terlebih dahulu kos yang telah dibelanjakan bagi menjayakan kejohanan ini,” katanya.

FAM menerima RM300,000 daripada ProEvents sebagai yuran penganjuran dan wang berkenaan akan digunakan untuk membiayai kos operasi, bonus pasukan selain dikembalikan kepada bola sepak menerusi pengurusan pasukan-pasukan kebangsaan yang lain iaitu pasukan B-16, B-19, wanita dan juga futsal.

Harga tiket RM35 untuk menyaksikan dua perlawanan bagi setiap hari perlawanan Piala AIRMARINE 2019 ini seharusnya tidak dijadikan isu oleh penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang skuad Harimau Malaya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply