Input your search keywords and press Enter.

Haziq sudah ‘tiada’…

M Update, 21/3/2019 – Mangsa serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang dilaporkan hilang sejak kejadian Jumaat lalu, disahkan meninggal dunia.

Pengesahan terbabit dilaporkan Exco Jawatankuasa Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Pooh, pada 11.20 malam ini. Kedutaan Malaysia sudah terima maklumat bahawa Haziq sudah meninggal dunia,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berperanan menjaga hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan bertolak ke Christchurch bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menyertai solat jenazah dan khutbah Jumaat di negara berkenaan. Phee berkata, kerajaan New Zealand cukup teliti dan mematuhi prosedur berkaitan akta peribadi, tambahan pula banyak kematian berlaku dalam kes berkenaan.

Berikutan itu, pengesahan daripada keluarga perlu dilakukan dengan teliti termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum sebarang pengumuman dilakukan. Saya bersama ibu mangsa malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro masih menunggu laporan rasmi daripada pihak kedutaan Malaysia di New Zealand mengenai perkara berkenaan. Mohd Haziq adalah anak kepada Mohd Tarmizi Shuib yang turut terkena tembakan dalam kejadian berkenaan.

Sumber : HM Online

Leave a Reply