Input your search keywords and press Enter.

Titik Panas Di Pahang Meningkat

M Update, 21/3/2019 – Sebanyak 70 titik panas dikesan di Pahang sejak awal Mac hingga semalam, sekali gus meningkat 100 peratus berbanding Februari lalu.

Pertambahan itu antara lain berpunca daripada cuaca panas melampau dan aktiviti pembakaran terbuka yang tidak terkawal.

Daerah Pekan paling banyak titik panas iaitu sebanyak 34, diikuti Rompin (21), Jerantut (5) dan Temerloh, Kuantan, Lipis serta Temerloh yang masing-masing dua titik panas. Masing-masing satu titik panas di Bera dan Bentong.

Pembakaran terbuka yang banyak di kawasan seperti ladang, belukar dan tanah gambut sepanjang bulan ini yang menyumbang kepada peningkatan titik panas.

Selain itu, cuaca panas dan kering berpanjangan serta tiada hujan, sememangnya menyumbang kepada keadaan itu. Ini juga akan jejaskan kualiti udara dan sebabkan jerebu” – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Rosli Zul

Diharapkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Orang ramai diminta melaporkan sebarang maklumat berkaitan kepada JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply