Input your search keywords and press Enter.

Patuhi SOP Dalam Fasa PKPP – Ismail Sabri

M Update, 10/6/2020 – Orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos ini.

Menteri Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap peraturan sudah diwartakan dan bermulalah peraturan baharu di bawah PKPP sejak semalam.

“Apabila singgah di hentian rehat dan rawat (RNR), penggunaan tandas, makan dan minum, patuhilah setiap SOP dikeluarkan kerajaan kerana kesalahan melanggar akan dikenakan tindakan oleh pihak polis. Pihak polis akan mengawal di kawasan seperti itu (RNR).

“Polis tidak mengawal di jalan raya tetapi berada di kawasan tempat awam dan seumpamanya,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Leave a Reply