Input your search keywords and press Enter.

Ajal Lari Polis

M update, 23/3/2019 – Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Lahat – Simpang Pulai berhadapan kilang Stone Link, di Ipoh, ketika dikejar polis susulan memandu dalam keadaan merbahaya dan mencurigakan, hari ini.

Dalam kejadian 2.45 pagi itu, mangsa yang beralamat di Taman Sri Pulai Perdana, Johor, meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Berdasarkan maklumat dari orang awam kemalangan itu membabitkan satu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Sebelum kemalangan pemandu kenderaan itu cuba ditahan untuk pemeriksaan oleh sepasukan anggota polis yang sedang membuat tugas Ronda Cegah Jenayah di Jalan Pasir Puteh, di Ipoh kerana memandu dalam keadaan merbahaya dan mencurigakan.

Pemandu Toyota Hilux itu bagaimanapun bertindak memecut dan selepas dikejar sejauh kira-kira enam kilometer yang juga selekoh, kenderaannya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit.

Mayat lelaki yang juga pekerja swasta itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk dibedah siasat.

Kenderaan mangsa terjunam ke dalam parit dan pemeriksaan mendapati mangsa tersepit serta disahkanmeninggal dunia oleh pihak polis yang berada di lokasi kejadian.

Bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat dan seterusnya menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply