Input your search keywords and press Enter.

ESSCom Mohon Tambah Aset Perkukuh ESSZone

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memohon kerajaan pusat dan negeri agar meneliti keperluan segera penambahan aset untuk pengukuhan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Penambahan aset berkenaan memberi kemudahan dan peningkatan operasi kawalan di ESSZone yang bersempadanan Indonesia serta Filipina sekali gus mengekang isu jenayah rentas sempadan – Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman

ESSCom ada mengemukakan cadangan keperluan aset kepada kerajaan negeri,  kerajaan pusat seperti radar, 30 bot pelbagai guna termasuk pesawat ringan, supaya pasukan keselamatan dapat menjaga  keselamatan Sabah, namun hingga kini belum diterima.

“Operasi berjalan baik,  cuma kita melaksanakan tugas dengan kekurangan logistik,  itu fakta,” – Datuk Ahmad Fuad