Input your search keywords and press Enter.

Orang kenamaan jadi dalang

M-Update,25/3/2019, KUALA LUMPUR- Terdapat penglibatan orang kenamaan berpe­ngaruh di sebalik lambakan premis rumah urut di negara ini.Itu maklumat yang diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang penyiasatan mereka untuk membuktikan berlaku aktiviti pelacuran dan rasuah dalam kalangan penguat kuasa untuk melindungi kegiatan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai orang kenamaan yang terlibat.“Memang kita ada maklumat (orang kenamaan) tetapi saya tidak akan dedahkan dahulu kerana siasatan serta pemantauan sedang dibuat mengenai perkara itu.

“Kalau tiada duit, dia tidak boleh bayar rasuah,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.Azam memberitahu, siasatan pihaknya memang menyeluruh termasuk bagaimana sebegitu banyak lesen boleh dikeluarkan pihak PBT untuk perniagaan rumah urut kerana maklumat mendapati terdapat unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Berdasarkan siasatan, ujar beliau, di Selangor sahaja terdapat 307 rumah urut berlesen dan 98 tidak berlesen beroperasi di 12 pihak berkuasa tempatan pada tahun lalu.“405 rumah urut di Selangor termasuk 98 yang tidak berlesen. Ini perkara biasa atau luar biasa. Adakah PBT merasakan ini perniagaan yang bagus serta mendatangkan pulangan kepada kerajaan?

“Kalau bagus ki­ta hendak tengok petunjuk-petunjuk ini,” katanya.“Saya tidak kata tutup rumah urut tetapi tutup ruang dan peluang berlakunya masalah sosial, jenayah dan rasuah. Mengapa perlu terlalu banyak rumah urut, baik berlesen atau tidak. Ini implikasi tidak baik,” katanya.
–Utusan Melayu

Leave a Reply