Input your search keywords and press Enter.

Sultan Johor gesa siasat pencemaran sungai

FOTO:ROYAL PRESS OFFICE

M-Update,25/3/2019, SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah mahu pihak berkuasa segera menyiasat pencemaran yang berlaku di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap, Simpang Renggam hingga menyebabkan ikan mati. Sultan Ibrahim bertitah, siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang berulang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office, hari ini, Sultan Ibrahim juga mahu mahu pihak berkuasa berkaitan segera mengemukakan laporan berhubung pencemaran itu.“Lakukan siasatan dan saya juga mahukan laporan segera berhubung perkara ini. Sesiapa saja terbabit perlu bertanggungjawab kerana melakukan pencemaran terhadap sungai-sungai.

“Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” titahnya, hari ini.

Pencemaran Sungai Kim Kim bermula 7 Mac lalu menyebabkan 111 sekolah terpaksa ditutup dan mengakibatkan lebih 5,000 penduduk terpaksa mendapatkan rawatan awal.

–HMetro

Leave a Reply