Input your search keywords and press Enter.

LIMA19 – Malaysia Peneraju Aeroangkasa

M Update, 26/3/2019 – Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Harini merupakan hari Perasmian Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi. Malaysia mahu menjadi peneraju bidang aeroangkasa di Asia Tenggara dan meraih bahagian penting pasaran peringkat global.

Tahun lalu, negara ini mengeksport peralatan dan alat ganti pesawat bernilai RM8.48 bilion ke Amerika Syarikat, Singapura, United Kingdom, China dan Perancis. Jumlah itu meningkat 20.7 peratus berbanding 2017.

Pada 2018, industri aeroangkasa Malaysia menyaksikan perkembangan positif, terutama dalam sektor penyelenggaraan dan pembaikan (MRO) aeroangkasa dengan meraih pendapatan berjumlah RM14.4 bilion dengan 24,500 tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Industri aeroangkasa negara akan terus berkembang dengan 11 projek pelaburan aeroangkasa baharu bernilai RM816.3 juta diluluskan pada 2018 dan dijangka untuk menjana lebih 1,500 peluang pekerjaan.

LIMA 2019 menerima kehadiran delegasi perniagaan dari 31 negara dan 390 syarikat komersial dan pertahanan.

Dr Mahathir berkata, 195 perniagaan antarabangsa akan mempamerkan perkhidmatan dan produk sepanjang lima hari bermula hari ini sehingga 30 Mac 2019.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply