Input your search keywords and press Enter.

Lemas Terjun Sungai

M Update, 26/3/2019 – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sungai Kerian di Parit Buntar, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.35 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Namun sebaik tiba anggota mendapati lelaki berusia 52 tahun dipercayai terjun ke dalam sungai itu.

Operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan namun sehingga 8 pagi masih belum menemui sebarang petunjuk lokasi mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan bagi mengenalpasti lokasi mangsa dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui. Kerja-kerja mencari mangsa masih diteruskan dan kawasan pencarian kini diperluaskan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply