M Update, 26/3/2019 – Operasi pembenihan awan dijangka dapat dilaksanakan awal bulan depan berikutan banyak awan jenis kumulus yang boleh menghasilkan hujan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Datuk Alui Bahari, berkata pihaknya juga meramalkan tempoh itu selepas mengkaji keadaan atmosfera merangkumi kelembapan udara tinggi serta arah dan kelajuan angin yang sesuai.
Mengenai isu penerbangan sebenarnya bergantung kepada kesesuaian atmosfera dengan kebiasaannya, tempoh penerbangan selama dua jam. Kalau tidak berlaku perkara luar biasa, operasi itu akan dapat dilaksanakan dalam tempoh seminggu.
Secara amnya, SPAN tiada halangan untuk pihak terbabit melakukan pembenihan awan. Ia memandangkan keadaan cuaca panas, kekurangan hujan dan paras air sungai yang rendah.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaporkan akan melakukan pembenihan awam di kawasan sawah kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dalam masa terdekat berikutan cuaca panas yang bermula sejak Februari lalu.
Buat masa sekarang, pihaknya sedang menunggu bahagian teknikal MetMalaysia terlebih dahulu untuk menilai keadaan semasa dan bila ia akan dilaksanakan selain keperluan penerbangan.
Sumber : Berita Harian