Input your search keywords and press Enter.

Untung Bersih Astro Susut

Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd bagi akhir 31 Januari 2019 daripada RM770.64 juta yang dicatatkan pada 2018 susut kepada RM462.92 juta. Pendapatannya pula turun kepada RM5.48 bilion berbabding RM5.53 bilion sebelum ini ekoran penurunan dalam langganan dan hasil pengiklanan akan tetapi, ia telah diimbangi oleh peningkatan dalam jualan barang-barang dan pendapatan perlesenan.

Pengurangan dalam hasil langganan disebabkan pengguna lebih cenderung dalam melanggan pakej yang lebih rendah, manakala pendapatan iklan pula dipengaruhi oleh kelembapan dalam pasaran pengiklanan. Selain itu, pendapatan asas sesaham Astro juga merosot daripada 14.79 sen kepada 8.88 sen.

Tahun 2020 akan menjadi cabaran buat Astro, oleh itu ia mereka perlu mengatasinya dengan mencadangkan sesuatu yang menarik kepada pelanggan dari segala inisitif seperti pakej jalur lebar, tontonan yang lancar merentasi semua skrin, perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan penglibatan yang lebih intim dengan pelanggan.

Kumpulan Astro akan meperkukuhkan kandungan tempatam serta Asia melalui kejasama strategic bagi mempelbagaikan selera dan menarik minat dalam menceriakan hari-hari penonton setempata dan serantau.

Sebagai sebahagian daripada matlamat untuk mempelbagaikan hasil kumpulan, syarikat Astro akan terus memanfaatkan asas pelanggannya bagi menawarkan penyelesaian pengiklanan dan sasaran pemasaran, direalisaikan melalui data serta analisis bagi memacu perolehan pengiklanan dan komersial.

Leave a Reply