M Update, 28/3/2019 – Sekurang-kurangnya 30 penduduk dari komuniti Orang Asli Guatemala terbunuh malam tadi apabila dilanggar sebuah trak di lebuh raya.
Menurut AFP, mangsa berkumpul di lokasi untuk membantu seorang mangsa yang maut dalam kemalangan langgar lari sebelum mereka dilanggar trak terbabit.
Jurucakap Cecilio Chacaj memberitahu media, setakat ini, pihak bomba mengesahkan 30 orang maut dalam kejadian yang pada waktu malam itu.
Sumber : HM Online