Input your search keywords and press Enter.

Wisma Putra : Malaysia gesa Israel hormati undang-undang antarabangsa

M Update, 28/3/2019 – Malaysia menggesa Israel supaya menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan bagi mengekalkan keamanan, keselamatan serta kestabilan di rantau itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan, semalam, berkata Malaysia amat bimbang dengan peningkatan keganasan di Gaza berikutan serangan balas Israel yang berlebihan. Beberapa hari lalu, kedua-dua pihak terbabit dalam beberapa serangan roket. Beratus-ratus peluru berpandu juga dilancarkan daripada pesawat pejuang Israel, dan pengumpulan aset ketenteraan Israel di sempadan Gaza mengakibatkan ketakutan serta panik dalam kalangan orang awam Palestin.

Perkembangan semasa di Gaza terus menunjukkan keadaan amat membimbangkan. Sejarah menunjukkan tindakan tidak bertanggungjawab seperti itu ada potensi untuk berlarutan dan membahayakan nyawa orang awam Palestin yang tidak bersalah,” menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi, sebarang ancaman dan provokasi berterusan juga akan menyulitkan usaha untuk mencapai keamanan.

Justeru, adalah penting sekali bagi semua pihak berundur dan mematuhi gencatan senjata yang sudah diisytiharkan untuk mengelakkan keadaan daripada bertambah buruk,” katanya. Angkatan tentera Israel memulakan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza, Isnin lalu, selepas mendakwa pejuang Hamas menyerang dan mencederakan tujuh warga Israel di Tel Aviv beberapa jam terdahulu.

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply