Input your search keywords and press Enter.

Tenaga Mesra Alam

Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus komited membangunkan tenaga yang mesra alam dalam mencapai keupayaan tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak 1,700 MW menjelang 2025. TNB Telah mengadakan majlis pecah tanah Projek Solar Berskala Besar (LSS) di Bukit Selambau , Kedah. Projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan dengan tarikh sasaran sperasi komersial pada 31 Disember 2020.

Majlis pecah tanah LLS bernilai RM180 juta itu, yang membabitkan pemasangan 134,880 panel solar fotovoltan di tapak projek seluas 50 hektar, disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Beliau berharap TNB akan mengemukakan bidaan untuk menambah kapasiti projek LSS di Bukit Selambau yang boleh mencapai penjanaan sehingga 100 MW. Sekiranya TNB berjaya mencapai 100MW, ia akan menjadi mercu tanda Bukit Selambau sebagai pecan solar.

Leave a Reply