M Update, 2/4/2019 – BEIJING: Seramai 26 anggota bomba maut, selepas ratusan pasukan itu dihantar untuk mengawal kebakaran hutan di kawasan pergunungan terpencil di wilayah Sichuan, barat daya China, pada hujung minggu lalu.
Kenyataan itu dimaklumkan oleh Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang mengeluarkan arahan untuk bertindakbalas terhadap situasi kecemasan tersebut.
Pihak berkuasa putus hubungan degan 30 anggota bomba, tengah hari Ahad lalu, selepas perubahan arah angin secara tiba-tiba menyalakan ‘bebola api besar’,” menurut kenyataan kementerian itu.
Menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan, hampir 700 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu yang tercetus, Sabtu lalu, di lereng curam pada ketinggian 4,000 dari paras laut di negeri Muli.
Penyelamat sudah menemui 26 mayat dan masih mencari anggota bomba yang belum ditemui.