Input your search keywords and press Enter.

Perkhidmatan Bas GoKL

M Update, 28/2/2019 – Kementerian Wilayah hari ini melancarkan laluan baharu perkhidmatan percuma bas GoKL di Hab Titiwangsa-Mindef (Laluan kelima) yang dinamakan sebagai Laluan Jingga.

Laluan tambahan sepanjang 10.4 kilometer itu akan bermula dari hab Titiwangsa (Hentian Pekeliling) melalui Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Padang Tembak, Jalan Bukit Keramat, Persiaran Gurney, Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Jalan Pahang.

Kerajaan terus mengambil inisiatif dengan merancang dari masa ke masa bagi memperluaskan laluan perkhidmatan Bas GoKL dengan mewujudkan laluan tambahan bukan sahaja tumpuan pusat perniagaan tetapi juga kawasan yang berkepadatan penduduk yang tinggi terutamanya bagi golongan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kawasan perumahan kos rendah.

Diharap perkhidmatan bas percuma di laluan strategik ini dapat mengurangkan beban kehidupan warga kota dan mengurangkan kesesakan trafik, memberi keselesaan, keselamatan serta merealisasikan bandar raya yang sihat dan bebas karbon.

Sumber : Bernama

Leave a Reply