Input your search keywords and press Enter.

Proton daftar 6,145 buah kenderaan dalam satu bulan

Proton sekali lagi mengatasi pesaiong-pesaing lain dengan peningkatan pendaftar sebanyak 46.1% bersamaan dengan kadar pertumbuhan hamper 4 KALI LEBIH TINGGI daripada keseluruhan industri. Suku pertama tahun ini menunjukkan angka kumulatif adalah 43.5% atau lebih daripada 6 kali bilangan TIV sebanyak 6.7%.

Proton Holdings Berhad (Proton) berjaya mendaftar sebanyak 6,145 buah kenderaan dalam satu bulan iaitu bulan Mac 2019 dengan pegangan pasaran sebanyak 11% meningkat 2.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018. Kenderaan SUV pertama Proton X70 sahaja telah berjaya mencatat angka pendaftaran yang memberangsangkan itiu 2,979 buah kenderaan hanya dalam Mac 2019. Model tersebut bukan sahaja muncul sebagai SUV terlaris untuk Mac tetapi secara kumulatif merupakan SUV paling popular untuk tiga bulan pertama tahun ini.

Jumlah yang direkodkan bagi Mac merupakan angka paling banyak yang pernah dicatatkan dalam industri automotif tempatan bagi segmen SUV dalam masa sebulan. Pada masa sama, lebih 25,000 tempahan telah diterima menjadikan X70 sebagai model Proton paling popular untuk tahun 2019.

Mengakhiri suku pertama bagi 2019, Proton berjaya menaikkan rekod jualannya yang baharu  dan mengekekalkan kecermelangan dalam masa yang sama meraih pertumbuhan positif bagi industri automotif dimana anggaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) meningkat sebanyak 11.8%dari tahun ke tahun.

Kedudukan keseluruhan jualan Proton merupakan yang paling hadapan berbanding jenama pesaing-pesaing lain bagi bulan Mac dan suku pertama 2019. Maknanya syarikat Proton telah berjaya mendahului jenama automotif keempat terlaris sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama popular di kalangan pembeli kereta di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata ngka yang dicatatkan oleh Proton pada tahun ini merupakan hasil usaha padu yang dilakukan oleh setiap pekerja dan pencapaian ini dapat diperoleh dengan pembukaan cawangan 3S/4S, peningkatan kualiti produk, tumpuan penuh pada perkhidmatan pelanggan serta penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang lain.

Oleh itu, Proton yakin bahawa pelaburannya dalam perniagaan akan terus memberi kelebihan pada pertumbuhan jualan didorong oleh pelbagai lagi model pada tahun semasa. Dalam masa yang sama Proton berharap dapat mengurangkan masa menunggu kepada para pelanggan berikutan jumlah penyerahan X70 yang kian meningkat. Malah Proton akan berusaha gigih untuk memastikan setiap unit mempunyai tahap kualiti yang tinggi dan menjadi kenderaan yang diberi nilai terbaik dalam Kajian Kualiti Awal (IQS).

Leave a Reply