Input your search keywords and press Enter.

Jangan Perkecilkan Pelaburan Dari Negara Membangun

Bagi yang tak berapa paham pasal pelaburan dan dagangan untuk menambah ekonomi negara ni mesti berpendapat bahawa pelaburan dari negara ketiga maupun negara membangun tu tidak akan menguntungkan.

Tapi tahukah anda yang pelaburan oleh negara-negara ketiga ni merupakan antara sumber ekonomi yang lebih power dari negara yang dah membangun? Itu pasal lah agaknya PMX sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memastikan pelaburan yang masuk ke dalam Malaysia bukan hanya datang dari negara maju seperti kebiasaannya, tetapi dari negara ketiga juga.

Kita dok gelakkan negara ketiga sebagai negara yang tak maju dan miskin serba serbi tapi kalau anda semua cakna dengan keadaan ekonomi global sudah pasti anda akan tahu yang negara maju seperti United Kingdom dan Kanada termasuklah Amerikah Syarikat sebenarnya sedang teruk dilanda badai kelembapan ekonomi?

Di Kanada contohnya, kalau dulu rakyat mereka memang bangga sunggoh sebab mempunyai PM yang muda, hensem, nampak bervisi dan katanya boleh membawa Kanada untuk jadi lebih maju lagi. Tapi sayang sekali kerana negara tersebut sebenarnya sedang bergelut dengan krisis ekonomi yang sungguh teruk bermula pada tahun 2022 yang lalu.

Sekarang pun kalau orang tanya rakyat Kanada pasal keadaan negara mereka memang ramai yang mengeluh dan akan komplen pasal harga barang asas yang terlalu tinggi, tak masuk akal serta tidak dapat dibeli oleh rakyatnya sendiri yang sudah tidak berkemampuan! Malah benda ni bukan libatkan harga barang asas saja pun, tetapi perumahan di Kanada pun sangatlah mencekik darah rakyat sekarang sampai keluar satu laporan khas dari akhbar tempatan dan di US bahawa ada sorang student universiti di Vancouver, Kanada lebih rela untuk ulang alik dari rumahnya di Calgary untuk university di Vancouver dengan menaiki kapal terbang sebab itu lebih murah berbanding menyewa kediaman di Vancouver? Sampai macam tu sekali lah darurat inflasi di Kanada nun.

Bukan itu saja, benda makan dan harian yang boleh dibeli di negara jiran mereka iaitu Amerika Syarikat dengan harga USD80 tapi kalau di Kanada amatlah mustahil untuk dapat harga sedemikian. Paling busuk pun harga untuk benda-benda yang sama di Kanada berharga RM300 dan lebih. Kalau naik mencanak macam tu siapa yang takkan marah kan?

Itu pasal lah kita takde keperluan pun untuk mengkritik pelaburan yang dibawa masuk PMX dari negara membangun maupun negara ketiga yang belakangnya ada -stan2 tu. Sebenarnya negara membangun macam ni memang mengintai peluang sahaja untuk buat pelaburan di luar negara dan sudah tentu mereka akan utamakan negara yang sedia memberi komitmen yang tinggi. Negara kita ni memang dipandang tinggi oleh semua sebab kita amalkan status negara berkecuali dan juga negara yang bersederhana. Jadi tak mustahillah Malaysia menjadi pilihan pertama mereka untuk buat bisnes. Dan ketahuilah sebenarnya pendapatan mereka pun rasanya lebih lagi dari negara maju yang menjadi dambaan dan pujian rakyat kita.

Kita patut buang stigma yang negara maju ni semuanya berduit dan ada ekonomi bagus. Entah-entah pendapatan negara maju ni tak boleh challenge pon negara yang sedang membangun dan kaya dengan sumber alam ni. PMX dan Malaysia teruskanlah mandate yang diberi untuk mendapatkan pelaburan yang bakal menguntungkan negara dan rakyat.

Oleh: Nor Izan

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update