Input your search keywords and press Enter.

DBKL : Tapak Niaga Bazar Ramadan Ditambah

M Update, 4/4/2019 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menambah 119 tapak niaga di bazar Ramadan Jalan Raja sebagai tambahan kepada 225 lot yang diperuntukkan sebelum ini. Tambahan lot niaga itu disediakan untuk keselesaan peniaga terbabit dan pengunjung. Bilangan itu lebih banyak berbanding di tapak asal dan diharap ia dapat meredakan keadaan selain menyelesaikan masalah sebelum ini,” katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, jumlah itu menjadikan bilangan keseluruhan lot niaga kini sebanyak 344 iaitu lebih banyak berbanding di lokasi asal di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Khalid berkata, proses pengundian tapak bazar berkenaan bakal diadakan pada 16 April ini. Apa yang disuarakan, kita dengar dan ambil kira. Jadi, selepas berbincang, kita ambil keputusan menambah 119 petak lagi yang mana undian akan dilakukan pada 16 April nanti.

Khalid berkata, sebanyak 55 lokasi bazar Ramadan dikenal pasti dan hanya lima daripadanya akan diuruskan oleh DBKL iaitu Jalan Raja, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Jalan Telawi, Taman Sri Rampai dan Taman Dato Senu. Di laman web DBKL sudah disenaraikan 55 kawasan terbabit untuk rujukan rasmi, “katanya.

Sementara bakinya akan diserahkan kepada persatuan peniaga dan penjaja kecil untuk diuruskan dan mereka boleh mengenakan caj perkhidmatan tambahan tetapi bayaran sewa petak masih diuruskan DBKL.

Pada masa sama, saya mahu tegaskan di sini yang kita bukan mahu mematikan persatuan kerana tetap relevan cuma tidak mahu ada yang menjadi orang tengah saja.Walaupun tidak memberi petak seperti kuota dahulu, persatuan diberi hak menjalankan kerja pengurusan di bazar Ramadan ditetapkan,” katanya.



Leave a Reply