Input your search keywords and press Enter.

Makin Panas, Makin Banyak Ular

M Update, 4/4/2019 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat menangkap 120 ekor reptilia pelbagai jenis sekitar daerah ini bermula awal Januari hingga hujung Mac lalu.

Ketua APM Segamat, Kapten (PA) Mohd Nazlan Ruslan berkata, jumlah itu meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu berikutan musim panas berpanjangan sejak awal tahun. Katanya, selain reptilia termasuk jenis berbisa seperti tedung selar dan sawa, pihaknya turut memusnahkan sarang lebah.

Reptilia dan serangga ini memasuki rumah berpenghuni untuk berlindung daripada cuaca panas atau berlaku kebakaran hutan. Kami menerima aduan hampir setiap hari dan ramai mangsa nyaris terpijak reptilia ini yang bersembunyi di ruang tamu, dapur, dalam almari, bakul motosikal dan enjin kenderaan,” katanya ketika ditemui di pejabat APM Segamat di Jalan Omar, hari ini.

Beliau, menasihatkan orang ramai tidak bertindak sendiri dengan menangkap reptilia berkenaan khusus jenis berbisa. Katanya, meskipun saiz tedung selar atau senduk dijumpai kecil namun reptilia itu memiliki bisa amat memudaratkan manusia. Menurutnya, reptilia ditangkap akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut. – HM Online

Leave a Reply