Input your search keywords and press Enter.

EU Ketepi Visa Untuk Rakyat Britain Selepas Brexit

M Update, 05/04/2019 – Jawatankuasa kehakiman Parlimen Eropah meluluskan teks undang-undang yang sudah mendapat sokongan negara anggota dan kini akan disahkan secara rasmi.

 Pembuat dasar Kesatuan Eropah (EU) meluluskan satu perundangan semalam yang membenarkan rakyat Britain mengunjungi negara blok itu tanpa visa walaupun selepas Britain keluar tanpa sebarang perjanjian, di tengah pertikaian hangat berhubung status Gibraltar.


Kawasan Schengen terdiri daripada 26 negara Eropah yang secara rasmi menghapuskan semua pasport dan jenis kawalan lain di sempadan bersama mereka.


Britain dijangka meninggalkan EU, kemungkinan seawal minggu depan, namun undang-undang membolehkan pelancong Britain melakukan kunjungan 90 hari ke zon bebas pasport Schengen.

Namun, pelaksanaan itu mencetuskan perdebatan hangat di sini selepas negara anggota, atas desakan Sepanyol, merujuk draf yang menyatakan Gibraltar sebagai ‘wilayah di bawah kemahkotaan Britain.’

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak menyenaraikan secara sah Gibraltar sebagai ‘wilayah bukan ditadbir sendiri’ namun Britain bertegas ia adalah sebahagian ‘keluarga United Kingdom (UK)’ dan rakyatnya bebas memilih menjadi warga negara itu.

Keputusan Britain meninggalkan EU menghidupkan semula kontroversi berhubung tuntutan sekian lama Sepanyol ke atas wilayah berkenaan, topik yang melingkari pilihan rayanya.

Brexit sendiri tidak akan mengubah status Gibraltar namun Madrid berusaha mengekalkan veto terhadap mana-mana perjanjian akan datang antara Britain dan EU yang menyentuh wilayah berkenaan. -AFP

Leave a Reply