Input your search keywords and press Enter.

Komando Elit Polis Bunuh Diri Di Kediaman Perdana Menteri

M Update, 05/04/2019 – Seorang anggota komando elit polis membunuh diri di sebuah kediaman rasmi Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe dengan menembak dirinya sendiri semalam.

Anggota Pasukan Tindakan Khas (STF) itu menggunakan senjata rasmi miliknya, selaras rifel untuk menembak dirinya sendiri di pintu pagar kediaman rasmi berkenaan ketika Perdana Menteri berada di dalam.

Motif sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan namun sumber polis berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Seorang penggubal undang-undang pembangkang menimbulkan isu berkenaan dalam sesi debat berhubung bajet tentera dan polis namun tiada reaksi terkini diterima dari kerajaan setakat ini.

Antara tugas STF adalah melindungi barisan pemimpin Sri Lanka dan tetamu jemputan selaras dengan kemahiran mereka dari aspek keselamatan dan taktik perang ala gerila. – AFP

Leave a Reply