Input your search keywords and press Enter.

Pembangkang Turki Dakwa Masih Mendahului Selepas Kiraan Semula Undi

M Update, 05/04/2019 – Calon pembangkang utama Turki dalam pilihan raya tempatan Istanbul berkata hari ini, beliau tetap mendahului dengan 18,742 undi selepas selesai kiraan semula undi tidak sah di 17 daripada 39 daerah di bandar itu.

Calon Datuk Bandar Parti Rakyat Republikan (CHP), Ekrem Imamoglu memberitahu Fox TV Turki bahawa sejumlah 119,652 undi tidak sah sudah dikira semula, dengan 2,184 undi tambahan memihak kepada Parti Presiden Recep Tayyip Erdogan (AKP) dan 785 untuk CHP.

Parti AKP berkata ia juga akan meminta pemeriksaan yang lebih meluas ke atas undi di Ankara, yang menurut keputusan awalnya, turut menang tipis dalam pilihan raya tempatan di seluruh negara Ahad lalu.

Sekiranya kekalahan itu disahkan, ia satu tamparan hebat buat Erdogan, yang mendominasi kedua-dua bandar terbabit sejak 25 tahun lalu.

Rabu lalu, Lembaga Pilihan Raya Tinggi Turki mengarahkan pengiraan semula penuh undi di tiga daripada 39 daerah di Istanbul dan pengiraan semula hanya undi yang tidak sah di 15 daerah.

Walau bagaimanapun, lewat semalam, lembaga itu memutuskan bahawa akan diadakan kiraan semula sepenuhnya di 15 daerah terbabit, kata CNN Turki. – Reuters

Leave a Reply