Input your search keywords and press Enter.

PRK Sandakan : Hari Mengundi 11 Mei depan

M Update, 5/4/2019 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P186 Sandakan, Sabah pada 11 Mei depan.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 27 April, manakala tarikh mengundi awal pada 7 Mei. Manakala tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam 10 Mei,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Sehubungan itu, SPR melantik Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Mohamad Hamsan Awang Supian sebagai Pegawai Pengurus PRK Parlimen P186 Sandakan, manakala kos PRK ini dianggarkan RM3.1 juta. Azhar berkata, SPR akan menggunakan Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua, Sandakan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. SPR mensasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi bagi PRK berkenaan.

Seramai 39,856 pemilih layak mengundi bagi PRK itu mengikut Daftar Pemilih Induk Tahun 2018 yang dikemas kini sehingga 28 Mac lalu terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 270 pengundi awal dan lima Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara. Berikutan itu, seramai 770 petugas dilantik mengendalikan proses PRK berkenaan dan sebanyak 21 pusat mengundi mengandungi semua 92 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, pada 28 Mac lalu di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. – HM Online

Leave a Reply