Input your search keywords and press Enter.

Ibu Pejabat Tentera Sudan Dikawal Ketat

M Update, 08/04/2019 – Tentera Sudan hari ini, dikerah mengawal keadaan di sekitar kawasan ibu pejabatnya di sini, selain bertindak menutup beberapa jalan menuju ke kompleks berkenaan.

Menurut saksi, arahan itu dipercayai susulan tunjuk perasaan yang sedang berlangsung bagi mendesak peletakan jawatan Presiden Omar Al-Bashir.

Saksi berkata, tentera memasang penghalang di sepanjang jalan berhampiran kawasan itu, ketika ribuan penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi sejak Sabtu lalu, bagi mendesak sokongan pasukan berkenaan.

Sejak tunjuk perasaan tercetus di seluruh Sudan pada Disember lalu, ejen keselamatan dan polis pencegah rusuhan berusaha menanganinya, namun sehingga kini, pihak tentera masih enggan campur tangan dalam hal itu. – AFP37