Input your search keywords and press Enter.

Hakim Mahkamah Agung Ketuai Suruhanjaya Diraja Insiden Christchurch

M Update, 08/04/2019 – Hakim Mahkamah Agung, William Young hari ini, dilantik mengetuai Suruhanjaya Diraja, bagi menyiasat kes tembakan di dua masjid di Christchurch, yang mengorbankan 50 mangsa.

“Kerajaan akan memastikan siasatan akan dijalankan dengan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian pada 15 Mac itu berlaku.

“Apa yang boleh kita lakukan untuk menghalangnya dan bagaimana untuk memastikan rakyat New Zealand berada dalam keadaan selamat.

“Penubuhan Suruhanjaya Diraja itu, adalah kaedah siasatan tertinggi mengikut undang-undang New Zealand dan ia perlu membentangkan laporan pada 10 Disember ini,” kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern.

Suspek kejadian, Brenton Tarrant, warga Australia berusia 28 tahun sudah didakwa atas 50 tuduhan membunuh dan 39 tuduhan cubaan membunuh, minggu lalu.

Ardern berkata, suruhanjaya itu dijangka mula mengadakan sesi pendengaran bukti pada 13 Mei ini dan memainkan peranan penting, bagi memastikan insiden itu berkenaan tidak berulang lagi. – AFP

Leave a Reply