Input your search keywords and press Enter.

Lembaga Pilihan Raya Turki Tolak Kiraan Semula Undian

M Update, 09/04/2019 – Pemimpin parti, Presiden Tayyip Erdogan, semalam berkata pilihan raya tempatan itu dicemari dengan ‘jenayah terancang’ di pusat pengundian di Istanbul, meningkatkan kemungkinan pertandingan semula proses pengundian pada 31 Mac lalu di bandar raya yang menyaksikan pembangkang utama memenangi majoriti mudah.

Lembaga Tertinggi Pilihan Raya Turki menolak permohonan parti pemerintah, Parti AK, untuk kiraan semula semua undi di 31 daerah di bandar raya Istanbul, kata seorang anggotanya hari ini.

Kenyataan Erdogan itu, cabaran terkuat kepada proses pilihan raya di bandar raya terbesar di Turki, memberi kesan kepada kedudukan lira dan saham Turki.

Wakil lembaga pilihan raya AK, Recep Ozel, memberitahu wartawan selepas mesyuarat bahawa lembaga itu cuma bersetuju dengan pengiraan semula 51 kotak undi, di 21 daripada 39 daerah di Istanbul.

Setiap kotak undi secara umum mengandungi beberapa ratus kertas undian.

AK juga menggesa kiraan penuh di daerah Buyukcekmece, tetapi belum diberi kata putus oleh lembaga pilihan raya, kata Ozel.

Pengiraan semula undi diteruskan di daerah lain. — Reuters

Leave a Reply