Input your search keywords and press Enter.

4 Maut Konvoi Askar AS Diserang

M Update, 09/04/2019 – Letupan berhampiran Pangkalan Udara Bagram itu adalah yang terbaru membabitkan tentera AS di tengah rundingan damai berterusan di Afghanistan, lebih 17 tahun selepas Taliban disingkirkan.

Tiga anggota tentera Amerika Syarikat dan seorang kontrak tentera maut dalam letupan semalam, serangan terburuk ke atas tentera AS tahun ini, membayangi rundingan damai berterusan dengan Taliban, yang mendakwa bertanggungjawab.

Menurut misi Resolute Support diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), konvoi itu melanggar bom tepi jalan yang turut mencederakan tiga lagi anggota tentera AS.

Terdahulu, Taliban mendakwa melakukan serangan apabila pengebom nekad meletupkan kenderaan dipenuhi bahan letupan, berkata ‘ramai penceroboh’ dibunuh.

Letupan berlaku sekitar jam 5.40 petang waktu tempatan, menurut jurucakap polis di Parwan, Salim Noori.

Mereka menambah, satu kereta perisai juga musnah sepenuhnya.

Ia mensasarkan konvoi tentera pakatan, katanya. — AFP

Leave a Reply