Input your search keywords and press Enter.

Haji, umrah kali pertama dikecualikan levi pelepasan

M Update, 10/4/2019 – Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan bercadang mengenakan levi pelepasan bagi semua penumpang udara ke luar negara, iaitu RM20 ke negara ASEAN dan RM40 ke negara lain dalam usaha menggalak pembangunan pelancongan domestik.

Manakala Jemaah haji dan umrah kali pertama dikecualikan daripada membayar levi pelepasan udara ke luar negara, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Selain itu, jemaah haji tahun ini juga akan dikecualikan membayar levi pelepasan udara itu.

Pengecualian levi itu juga turut terpakai bagi penganut agama lain yang kali pertama mengerjakan ibadat mengikut agama masing-masing. Haji kalau pergi satu kali dan umrah satu kali mereka tidak kena (levi pelepasan udara). Kalau lebih daripada satu kali, itu lain (dikenakan levi),” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Anugerah SME CGC kali ke-24 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada jemaah haji dan umrah dikenakan levi pelepasan udara ke luar negara yang akan berkuatkuasa 1 Jun 2019. – BH Online


Leave a Reply