Input your search keywords and press Enter.

Dalai Lama Dibenar Keluar Hospital Hari Ini

M Update, 12/04/2019 – Sami Buddha berusia 83 tahun yang juga ketua keagamaan Tibet dan seteru China itu dimasukkan ke hospital Max di ibu negara India pada Selasa lalu.

Dalai Lama dibenarkan keluar dari hospital New Delhi hari ini, tiga hari selepas menerima rawatan akibat batuk ringan, kata jurucakap peribadinya, Tenzin Taklha.

“Beliau dibenarkan keluar pada jam 8 pagi (waktu tempatan) dan berada dalam keadaan baik,” katanya.

Taklha berkata, pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu sudah kembali melakukan senaman dan rutin harian.

Beliau dijangka kembali ke kawasan pergunungan di utara India, Dharamsala selepas menetap di situ dalam buangan selama enam dekad bersama ribuan pengikutnya yang lain.

Dalai Lama meninggalkan ibu negara Tibet, Lhasa pada 1959 dan merentas banjaran sejuk Himalaya untuk ke India ketika berusia 23 dengan cara menyamar sebagai anggota tentera bagi mengelak dikesan pasukan keselamatan China yang mahu mematahkan kebangkitan Tibet. – AFP

Leave a Reply