M Update, 12/04/2019 – Daniel Nicholas Tuapawa mendakwa berada dalam keadaan terkejut dan tidak mengingati perbuatannya sehingga polis menayangkan semula rakaman video menunjukkan dia mencemuh penduduk Islam termasuk dengan berkata “semua penduduk Islam adalah pengganas,”
Daniel Nicholas Tuapawa mendakwa berada dalam keadaan terkejut dan tidak mengingati perbuatannya sehingga polis menayangkan semula rakaman video menunjukkan dia mencemuh penduduk Islam termasuk dengan berkata “semua penduduk Islam adalah pengganas,”.
Ketika hadir di mahkamah untuk berdepan tuduhan berkelakuan tidak sopan dan boleh mencetuskan keganasan, peguam Tuapawa berkata anak guamnya amat malu dengan perbuatan dilakukan dan tidak dapat menjelaskan bagaimana ia berlaku.
Tuapawa memakai baju T bersulam nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump apabila melemparkan cemuhan itu di luar masjid Al Noor Rabu lalu.
Dia ditahan keesokan harinya dan dilepaskan dengan ikat jamin untuk proses jatuh hukum pada 31 Julai.
Seorang pelampau kulit putih, Brenton Tarrant, 28 berdepan 50 tuduhan membunuh serta 39 tuduhan cubaan membunuh apabila melepaskan tembakan di dua buah masjid dan meragut 50 nyawa, sebahagian besarnya jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat. – AFP