Input your search keywords and press Enter.

Rumah Ibadat Bukan Islam Boleh Beroperasi 10 Jun

M Update, 21/5/2020 – Rumah ibadat bukan Islam di zon hijau COVID-19 dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata operasi berkenaan hanya dibenarkan pada hari utama atau penting bagi setiap agama itu, iaitu antara satu atau dua hari seminggu.

Katanya, keputusan itu dibuat hasil rundingan dan persetujuan bersama ketua bagi agama bukan Islam dan tertakluk kepada beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Antaranya, beliau berkata, jumlah kehadiran tidak boleh lebih daripada 30 orang, bergantung kepada jumlah keluasan rumah ibadat berkenaan dan mereka yang berusia lebih 70 tahun dan di bawah 12 tahun tidak dibenarkan hadir.

Leave a Reply