Input your search keywords and press Enter.

Dr Mahathir terima Ijazah Kehormat Pengurusan Perniagaan

M Update, 15/4/2019 – Asia School of Business (ASB) petang semalam menganugerahkan Ijazah Kehormat Pengurusan Perniagaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

ASB adalah institusi pendidikan tinggi swasta menawarkan kursus perniagaan global yang ditubuhkan pada 2015 hasil usaha sama Bank Negara Malaysia dan Massachusetts Institute of Technology (MIT), Sloan School of Management di Amerika Syarikat.

Ijazah kehormat berkenaan disampaikan Presiden dan Dekan ASB, Prof Charles Fine sempena majlis konvokesyen 40 graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) institusi itu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Bersama Lembaga Pengurusan Asia School of Business, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. – BH Online


Leave a Reply