Input your search keywords and press Enter.

Padah Tanggal Tudung Wanita Dipenjara Setahun

M Update, 15/04/2019 –  Seorang wanita Iran yang menanggalkan tudung dalam satu bantahan umum dijatuhi hukuman setahun penjara tetapi diampunkan pemimpin agung negara itu, kata peguamnya.

Payam Derefshan memberitahu, hukuman dijatuhkan ke atas Vida Movahed Mac lalu selepas mendapati beliau bersalah menggalakkan ‘rasuah’ awam.

Movahed ditahan November lalu.

Derefshan, yang mendedahkan keputusan kepada media tempatan semalam, berkata anak guamnya berada dalam senarai diberi pengampunan tetapi prosedur pembebasan sedang dilakukan.

Movahed, 32, digelar ‘Gadis Jalan Enghelab’ dan ditahan pada 2017 selepas menanggalkan tudung dan mengibarkan ia.

Pihak berkuasa menahan 29 wanita atas dakwaan sama pada tahun berikutnya. — Agensi

Leave a Reply