Input your search keywords and press Enter.

Periuk Jadi Penyelamat

M Update, 15/4/2019 – Bunyi periuk jatuh di dapur menyelamatkan seorang wanita daripada diserang seekor ular tedung selar di Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu, malam tadi.

Kehadiran reptilia berbisa sepanjang empat meter itu disedari Zaleha Che Isa, 55, kira-kira jam 9 malam ketika cuba menyimpan periuk yang terjatuh daripada almari dapur.

Zaleha berkata, dia pelik apabila periuk yang berada di atas almari tiba-tiba terjatuh sebelum ke dapur untuk menyusun semula.

Ketika mengangkat periuk, tong sampah kecil pula terjatuh sebelum saya ternampak seekor ular tedung selar.

Syukur kerana kehadiran ular berbisa itu disedari lebih awal. Penduduk sekitar memang sedia maklum kehadiran reptilia itu di kawasan rumah kerana kerap kali dilihat melintas jalan berdekatan.

“Saya yakin ular tedung selar ditangkap ini adalah ular sama yang sering dilihat penduduk,”

Kejayaan menangkap ular berbisa ini memberi kelegaan kepada mereka sekeluarga dan penduduk setempat.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply