Input your search keywords and press Enter.

Genius Nama Baru PERMATA

M Update, 15/4/2019 – Program Permata Negara (PERMATA) dijenamakan semula dengan diberi nama baharu, Genius, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, Kabinet membuat keputusan itu untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi. Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, di sini, hari ini. – BH Online

Leave a Reply