Input your search keywords and press Enter.

Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi

M-Update,17/4/2019, KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi susulan sentimen berhati-hati yang semakin meningkat dalam pasaran. Pada rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 12.68 mata kepada 1,616.78, berbanding 1,629.46 pada penutupan Selasa. Ia dibuka 2.39 mata lebih lemah pada 1,627.07 dan turun naik antara 1,616.69 dan 1,627.77 di sepanjang pagi.

Penyedia indeks global, FTSE Russell meletakkan Malaysia pada senarai pemantauannya.Malaysia kini diberikan kedudukan ‘2’ (tahap akses tertinggi) dalam WGBI (Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE), dan berpotensi dipertimbang untuk diturunkan kepada ‘1’ yang akan menjadikan Malaysia tidak layak di masukkan dalam WGBI.

Rakuten Trade Research menganggarkan dana asing mungkin menguasai sekitar 13 peratus -14 peratus daripada nilai bon tempatan, bernilai hampir RM190 bilion, dengan sebahagian besar atau sekitar RM50 bilion merupakan Sekuriti Kerajaan Malaysia.Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 636 berbanding 135, manakala 302 kaunter tidak berubah, 815 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.82 bilion saham bernilai RM845.79 juta.Bagi saham wajaran tinggi, Petronas Gas tidak berubah pada RM17.70, Maybank turun 15 sen kepada RM9.06, Public Bank susut 12 sen kepada RM22.48 manakala Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM8.91, TNB susut 20 sen kepada RM12.10 dan IHH Healthcare merosot tujuh sen kepada RM5.50.

Antara saham aktif, Key Asic naik satu sen kepada 12.5 sen, Daya Materials dan Sumatec Resources tidak berubah pada satu sen, Sapura Energy turun satu sen kepada 32 sen, Bio Osmo susut setengah sen kepada tujuh sen dan Orion IXL turun 1.5 sen sen kepada 16.5 sen.

Indeks FBM Emas merosot 95.41 mata kepada 11,449.06, Indeks FBMT 100 menyusut 91 mata kepada 11,282.41 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 99.64 mata kepada 11,651.22.Indeks FBM Ace merosot 73.99 mata kepada 4,611.72, manakala FBM 70 turun 125.76 mata kepada 14,306.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 120.23 mata kepada 16,679.38, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.84 mata kepada 167.65 manakala Indeks Perladangan susut 40.04 mata kepada 7.217.3

— BERNAMA

Leave a Reply