Input your search keywords and press Enter.

Penerima Sinovac Tetap Kena Ambil Dos Penggalak

M Update, 21/02/2022 – Penerima vaksin jenis Sinovac tetap perlu mendapatkan suntikan penggalak masing-masing untuk memastikan mereka mendapat status lengkap vaksin sebelum 1 Mac depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kementerian menerima apa sahaja pandangan yang diberikan pelbagai pihak berkaitan mengenai perkara berkenaan.

“Tidak mengapa, itu adalah pandangan daripada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), kita ambil maklum,” katanya.

Sebelum ini, Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai berkata, persatuan berkenaan berpandangan mereka yang telah mengambil dua dos suntikan vaksin Sinovac masih dikategorikan sebagai telah lengkap divaksinasi.

Khairy berkata perkara berkenaan telah menjadi dasar Kementerian Kesihatan sejak awal dan pihaknya percaya ia harus dikekalkan. – BH