Input your search keywords and press Enter.

Jokowi Selesa Mendahului Dengan Lebih 55 Peratus Undi

M Update, 17/04/2019 – Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo mendahului dengan 13 peratus mata dalam pilihan raya untuk mengetuai negara ketiga terbesar demokrasi dunia, berdasarkan 51 peratus undian dikira, menurut kiraan awal tidak rasmi oleh peninjau, CSIS.

Jokowi bertanding menentang pencabarnya, bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto selepas kempen enam bulan didominasi isu ekonomi dan peningkatan pengaruh politik Islam.

Penyandang berkenaan mencatat 56.7 peratus undi sementara Prabowo memperoleh 43.3 peratus undi, kata Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS).

CSIS adalah satu daripada lebih 40 kumpulan diakreditasi oleh panel pilihan raya Indonesia untuk menjalankan kiraan pantas tidak rasmi, berdasarkan sampel stesen pengundian seluruh negara.

Kiraan seperti itu oleh syarikat dipercayai terbukti tepat dalam pilihan raya sebelumnya.

Seramai 190 juta rakyat Indonesia mengundi hari ini dalam pilihan raya sehari terbesar dunia bagi memilih presiden dan perwakilan peringkat nasional dan serantau.

Sementara itu, berdasarkan data dikumpul di stesen pengundian peninjau, Saiful Mujani Research Centre (SMRC), Indo Barometer dan Indikator Politik Indonesia berkata, Jokowi mendahului dengan selesa, walaupun keputusan rasmi tidak dikeluarkan sehingga 22 Mei depan.

SMRC berkata, kiraan pantasnya meletakkan Jokowi di kedudukan 55.34 peratus berbanding pencabarnya, Prabowo dengan 44.66 peratus, Indo Barometer (55.36, 44.64 peratus) sementara Indikator Politik Indonesia meletakkan 55.97 dan 44.03 peratus. -Reuters/AFP

Leave a Reply