Input your search keywords and press Enter.

Mohamed Salah dinobat 100 manusia paling berpengaruh di dunia

M Update, 18/4/2019 – Pemain Liverpool, Mohamed Salah, 26 tersenarai sebagai antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia 2019 oleh majalah Time.

Penyerang warga Mesir, yang juga seorang Muslim itu turut menjadi antara enam wajah kulit muka majalah terbabit sempat berkongsi pandangannya mengenai isu kesamarataan wanita. Kita perlu mengubah cara kita melayan wanita dalam budaya kita. Itu saja caranya, ia bukan satu pilihan,” katanya kepada Time.

“Saya menyokong wanita lebih daripada sebelum ini, kerana saya rasa mereka layak menerima lebih daripada apa yang diberikan kepada mereka ketika ini.”

Salah tersenarai bersama penyanyi Ariana Grande dan Lady Gaga, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri Pakistan dan bekas pemain kriket dunia Imran Khan, pengasas Facebook Mark Zuckerberg dan bekas wanita pertama AS, Michelle Obama.

Anugerah yang dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk perintis, artis, pemimpin dan ikon itu meletakkan Salah di dalam kategori titan. Ahli sukan AS yang turut tersenarai adalah bintang NBA LeBron James, juara terbaru Masters Toger Woods dan pemain bola sepak wanita Alex Morgan. – Agensi

Leave a Reply