Input your search keywords and press Enter.

Pelajar Bakar Hutan Didenda RM125 juta

M Update, 18/04/2019 – Media Itali yang memetik pendakwa raya melaporkan, dua pelajar berusia 22 tahun itu menyangkal tuduhan berkenaan.

Dua pelajar Itali diarah membayar denda sebanyak 27 juta euro (RM125.9 juta), selepas didapati bersalah menyebabkan kebakaran hutan.

Mereka dikatakan menyalakan api untuk aktiviti barbeku bersama sekumpulan rakan di Tasik Como, di utara negara itu pada 30 Disember lalu, bagi menyambut tahun baharu.

Menurut hasil siasatan, percikan api daripada barbeku itu dikatakan menjadi punca kebakaran yang memusnahkan 1,000 hektar hutan.

Akhbar harian La Repubblica melaporkan, turut musnah adalah beberapa bangunan, termasuk sebuah bangunan yang menempatkan sekumpulan haiwan.

Jumlah denda itu dikatakan adalah berdasarkan formula berusia kira-kira sedekad, bagi menentukan penalti kewangan mengikut skala kerosakan yang berlaku.

Namun, tidak diketahui sama ada kedua-dua pelajar mampu membayar denda itu atau sebaliknya.

Pasukan peguam mereka mempunyai tempoh tiga minggu untuk mencabar keputusan itu di mahkamah pentadbiran. – AFP


Leave a Reply