Input your search keywords and press Enter.

Lelaki Sokong Brexit Kena Penjara

M Update, 19/04/2019 – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 bulan semalam, selepas didapati bersalah menghantar e-mel berbentuk ugutan dan menghina kepada tujuh ahli Parlimen yang membantah pelaksanaan Brexit.

Minggu lalu, Jarod Kirkman, 51, mengaku menggunakan akaun e-mel palsu untuk menghantar ‘komunikasi berniat jahat’ kepada beberapa pengamal undang-undang.

Kesemua penerima e-mel itu mahu Britain terus kekal dalam Kesatuan Eropah dalam pungutan suara yang diadakan pada 2016, walaupun ada di antara mereka yang kemudiannya mengundi memihak kepada undang-undang Brexit.

Kirkman yang berasal dari Luton, di utara London menghantar mesej berkenaan kepada ahli Parlimen dari Parti Konservatif, iaitu Heidi Allen, Sarah Wollaston dan Nick Boles.

Namun, ketiga-tiganya sudah keluar daripada parti itu sejak beberapa bulan lalu, susulan keputusan parti berkenaan terhadap isu Brexit.

Selain itu, e-mel berkenaan turut dihantar kepada ahli Parlimen dari Parti Buruh, Jenny Chapman dan ahli Parlimen pro Kesatuan Eropah, Yvette Cooper serta pengamal undang-undang Parti Konservatif, Nicky Morgan.

Pada masa sama, Kirkman turut mengaku bersalah atas tuduhan menghina pengamal undang-undang kulit hitam, David Lammy. – AFP


Leave a Reply