Input your search keywords and press Enter.

4 Militan Daesh Maut Dalam Serangan Gagal Di Arab Saudi

M Update, 22/04/2019 – Empat lelaki didakwa anggota militan Daesh maut semalam apabila pihak berkuasa Arab Saudi menggagalkan serangan ke atas sebuah bangunan keselamatan di wilayah tengah di sini, kata pihak berkuasa.

Keempat-empat lelaki terbabit membantu melakukan serangan ke atas stesen Mabaheth (perisikan tempatan) di Zulfi, bandar kecil sejauh 250 kilometer di barat laut ibu kota ini, kata jurucakap pasukan keselamatan Arab Saudi.

Tiga anggota keselamatan cedera dalam serangan itu, kata jurucakap, menambah perkhidmatan keselamatan sedang menguruskan ‘bahan letupan’ dan barangan lain ditinggalkan ketika insiden.

Video dalam talian yang tidak dapat disahkan Reuters, menunjukkan sebuah kereta di pusat pemeriksaan dengan pintu terbuka dan dua mayat berdarah terbaring berhampiran. Tembakan dapat didengar dari situ.

Stesen televisyen Al Arabiya milik Arab Saudi berkata, penyerang membawa mesingan, bom dan bom api.

Agensi berita Daesh, Amaq mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu menerusi video semalam di mana empat penyerang bertopeng berikrar taat setia dengan pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi. -Reuters

Leave a Reply