Input your search keywords and press Enter.

Aspirasi Keluarga Malaysia – KDN Perkukuh Sempadan Negara

M Update, 10/12/2021 – Sebanyak tiga inisiatif ditetapkan Kementerian Dalam Negeri telah berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi lain di bawahnya.

Ia dicapai dengan kawalan sempadan negara diperkasa apabila Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia secara rasmi mengambil alih sepenuhnya fungsi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia di persempadanan negara pada 1 Oktober lalu.

Pada 11 November 2021, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah, telah dilantik sebagai Ketua Pasukan Nukleus Single Border Agency bagi memperincikan penubuhan agensi tunggal menjaga pintu masuk negara dengan lebih cekap.

KDN turut melancarkan inisiatif meluaskan fungsi 11 pos kawalan PGA PDRM di Sabah dan Sarawak sebagai balai polis bagi membantu keluarga yang tinggal jauh di pedalaman mendapatkan khidmat kepolisian.