Input your search keywords and press Enter.

Awas Obor-Obor Di Pantai

M Update, 22/4/2019 – Sebanyak 15 papan tanda amaran larangan mandi di pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu diletakkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) susulan kehadiran obor-obor atau balung api di pantai berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya DBKK, Robert Lipon berkata, papan tanda amaran itu diletakkan sejak 10 April lalu untuk pengetahuan umum berhubung kehadiran haiwan berbisa itu. Sebanyak 15 papan tanda yang dipasang sebagai amaran untuk tidak bermain air di sepanjang pantai Tanjung Aru 1, 2 dan 3 dan papan tanda ini dipasang sehingga musim obor-obor ini dijangka tamat pada Mei depan.

Setakat ini, papan tanda amaran hanya dalam Bahasa Melayu dan mungkin ada keperluan juga untuk meletakkan papan tanda berbahasa Inggeris atau Bahasa Cina bagi kepentingan pelancong asing terutamanya pelancong China dan Korea,” katanya ketika ditemui media di pejabat DBKK, hari ini. Bagaimanapun, Robert berkata, setakat ini belum ada laporan atau aduan rasmi berhubung mangsa yang terkena sengatan obor-obor di pantai berkenaan.

Setakat ini DBKK tiada terima laporan insiden itu (sengatan obor-obor) dan keadaan terkawal. Hanya di Pantai Tanjung Aru dilaporkan kehadiran obor-obor manakala di pantai lain seperti di Pantai Likas, tidak diletakkan kerana obor-obor tidak ditemui di sana,” katanya. Sehubungan itu, Robert turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bermain air di pantai berkenan sepanjang tempoh itu sehingga keadaan selamat dan makluman rasmi dikeluarkan oleh pihak berkaitan.- HM Online

Leave a Reply