Input your search keywords and press Enter.

Lawatan PM ke China: Tiga Sektor Jadi Keutamaan

M Update, 22/4/2019 – Lawatan kerja Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selama empat hari di China bermula 25 April ini akan menumpu kepada agenda pembangunan tiga sektor iaitu pelaburan, perdagangan dan pelancongan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata lawatan itu juga bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China yang mana ia diyakini akan menambah potensi pelaburan dari ekonomi kedua terbesar dunia itu ke negara. Kita tidak boleh pertikaikan bahawa China adalah kuasa ekonomi yang besar, suka atau tidak, kita perlu tarik pelaburan mereka. Justeru, kehadiran PM di sana akan memfokuskan tiga sektor iaitu perdagangan, pelaburan dan pelancongan. Kita yakin usaha ini sekali gus akan meningkatkan prestasi ekonomi negara,” katanya

Selepas projek Rel Laluan Pantai Timur (ECRL) dirundingkan semula, ada banyak lagi peluang yang boleh kita ceburi dengan China. Apa yang penting, kita bukan saja nak anugerah projek kepada China tetapi nak tarik pelaburan mereka untuk buka kilang di sini mengikut kesesuaian industri selain menggalakkan pembelian komoditi negara seperti kelapa sawit.

Di samping itu, kerjasama dengan China sebelum ini juga banyak disumbangkan dalam sektor pengangkutan seperti kereta api, malah kerajaan juga komited untuk menceburi bidang perkapalan dan mempunyai rancangan meningkatkan prestasi pelabuhan negara. Apa yang kita utamakan adalah memberi peluang kepada pihak tempatan untuk menyertai projek pembangunan antara kerjasama dua negara ini. – BH Online

Leave a Reply