Input your search keywords and press Enter.

Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional dirangka

M Update, 22/4/2019 – Kerajaan akan menyediakan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional yang menyeluruh untuk menangani isu utama dihadapi masyarakat Orang Asli di negara ini.

Sehubungan itu, kerajaan buat julung kali menganjurkan Konvensyen Orang Asli 2019 untuk menangani isu masyarakat berkenaan. Input dan maklum balas yang dipersetujui pada konvensyen ini akan digunakan untuk penyediaan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional secara menyeluruh. Konvensyen bertemakan ‘Memartabatkan Hak Orang Asli’ itu dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Konvensyen ini memberi tumpuan kepada tujuh isu utama dihadapi masyarakat Orang Asli iaitu berkaitan tanah, pendidikan, kesihatan, ekonomi, infrastruktur, kepemimpinan dan budaya,” katanya pada majlis perasmian konvensyen berkenaan di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy, berkata kerajaan komited menambah baik peranan dan keperluan dalam mentadbir serta menjaga kepentingan Orang Asli, selaras janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).

Waytha Moorthy berkata, setiap fokus dibincangkan akan membabitkan semua pemegang taruh berkaitan, termasuk wakil Orang Asli dan kerajaan untuk memastikan isu terbabit diperhalusi mengikut kehendak masyarakat berkenaan.

Konvensyen ini diharap akan menambah baik sistem pentadbiran masyarakat Orang Asli supaya seiring dengan arus perubahan dan pembangunan negara. Berdasarkan lawatan saya ke perkampungan Orang Asli, kita perlu meningkat dan mengukuhkan kapasiti serta keupayaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) untuk merealisasikan objektifnya dalam berkhidmat kepada masyarakat berkenaan,” katanya. – BH Online

Leave a Reply