Input your search keywords and press Enter.

JBPM Tagih Anggota Wanita

M Update, 23/4/2019 – Memang tidak dinafikan tidak ramai dan tidak semua wanita mampu menggalas tugas berat seperti yang boleh dilakukan oleh lelaki. Namun ramai yang dil luar sana yang mampu melakukannya disebabkan tidak berpeluang dan tidak tahu cara untuk memohon menjadi srikandi negara.

Terbaru, kerajaan menggalakkan supaya lebih ramai golongan wanita dapat menyertai perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) . Bayangkan daripada 40,000 anggota bomba di negara ini, hanya sekitar 700 anggota bomba terdiri daripada golongan wanita.

Walaupun ramai melihat terdapat keterbatasan golongan wanita dalam kerja dan menyelamat, ia bukanlah penghalang bagi golongan ini untuk bergerak seiring dengan anggota lelaki.

Tidak semestinya tugasan anggota bomba hanya membabitkan tugasan berat seperti memanjat bangunan dan sebagainya. Ada tugasan di lapangan atau ‘ground’ di mana golongan wanita ini boleh laksanakan seperti kaunseling, kesedaran awam dan langkah pencegahan serta latihan ringan mencegah kebakaran kepada suri rumah tangga.

Kalau kita lihat, ramai calon bomba wanita gagal terutama dalam ujian memanjat tali pada bangunan sehingga menyukarkan pengambilan anggota daripada golongan berkenaan.

Diharapkan pihak JBPM dapat mempertimbangkan dan menyemak semula ujian kelayakan untuk golongan wanita supaya penyertaan ini dapat diteruskan pada masa depan.

Leave a Reply