Input your search keywords and press Enter.

188 Juta Mengundi Pada Fasa Ketiga Pilihan Raya India

M Update, 24/04/2019 – Jutaan rakyat India mengundi dalam fasa ketiga dan terbesar pilihan raya umum negara itu, hari ini, termasuk Perdana Menteri, Narendra Modi.

Modi mengundi di kampung halamannya, Gujarat dan beliau sekali lagi menegaskan bahawa tumpuan pentadbirannya adalah bagi menangani keganasan.

Beliau sempat mengunjungi ibunya pada awal pagi tadi, sebelum mengundi pada jam 8 pagi (waktu tempatan).

Secara keseluruhan, seramai 188 juta rakyat layak mengundi di 117 kawasan pilihan raya di 15 negeri dan wilayah persekutuan. Parlimen India mempunyai 545 anggota.

“Lebih separuh daripada jumlah pengundi yang layak mengundi dilaporkan sudah menunaikan tanggungjawab mereka pada jam 4.30 petang (waktu tempatan),” kata suruhanjaya pilihan raya.

Pilihan raya umum India berlangsung dalam tujuh fasa bermula 11 April lalu dan dijangka tamat pada 19 Mei ini. Jumlah undi dikira pada 23 Mei depan. – Reuters

Leave a Reply